Mengenai Noorizam Shah
Siapa beliau untuk membantu anda?
Saudara Noorizam Shah merupakan usahawan internet sepenuh masa dan beliau menjalankan perniagaan hanya dari rumah sejak tahun 2008.
Sebelum beliau mengambil keputusan menjalankan perniagaan dari rumah, beliau telah bekerja makan gaji dalam sektor swasta lebih dari 8 tahun. Beliau mempunyai banyak pengalaman dalam bidang pemasaran dan perniagaan malah ada satu ketika beliau juga pernah berniaga di pasar Ramadhan untuk mengutip pengalaman berharga.
Hampir semua usahawan internet Malaysia mengenali Noorizam ShahPerniagaan internet terawal yang dihasilkan oleh Noorizam Shah ialah projek tempahan pelamin dan perkahwinan secara online. Beliau telah mewujudkan laman web www.pelamin.net pada tahun 2005 untuk memberi kemudahan kepada pengguna internet yang ingin mendapatkan perkhidmatan perkahwinan.
Apa yang lebih menarik, kebanyakan pelanggan-pelanggan tersebut tinggal di luar negara seperti Australia, Sweden, Amerika Syarikat, Arab Saudi, Jepun, Indonesia dan United Kingdom.
Mereka semua adalah rakyat Malaysia yang belajar atau bekerja di luar negara tetapi kesuntukan masa untuk mencari perkhidmatan perkahwinan secara offline. Lebih-lebih lagi mereka tidak mahu membuang terlalu banyak masa apabila balik ke Malaysia kerana dengan mendapatkan perkhidmatan terus dari laman web, masa mereka dapat dijimatkan.
Untuk pengetahuan anda laman web ini tidak mempunyai kedai atau butik perkahwinan sebaliknya beroperasi dari rumah sahaja. Semasa menjalankan perniagaan internet pertama ini, saudara Noorizam Shah telah dibantu oleh abang dan kakak iparnya. Hari ini perniagaan ini diuruskan sepenuhnya oleh abang dan kakak ipar beliau.
Nama beliau bukanlah asing di dunia perniagaan internet. Hampir semua usahawan internet Malaysia mengenali Noorizam Shah malah beliau telah banyak kali bekerjasama dengan beberapa pakar pemasaran internet melancarkan beberapa produk dan perkhidmatan kepada pengguna internet.
Jika anda baru sahaja melayari internet, anda boleh terus melayari laman blog peribadi beliau di NoorizamShah.com atau masukkan kata kunci "Noorizam Shah" di carian Google atau Yahoo, anda akan mendapati nama beliau mudah untuk dijumpai di enjin carian utama dunia ini.
Di internet, beliau lebih dikenali kerana menjalankan perniagaan di eBay dan beliau juga merupakan mentor kepada mereka yang baru berjinak-jinak dalam perniagaan internet terutamanya menjalankan perniagaan dilaman web eBay.
Jika anda ingin mempelajari selok belok menjalankan perniagaan di eBay, anda boleh mendapatkan khidmat nasihat dari saudara Noorizam Shah atau menyertai sesi Personal Coaching, Seminar atau Workshop yang dijalankan setiap bulan.
Anda tidak perlu khuatir dengan bimbingan yang diberikan kerana beliau merupakan eBay Education Specialist di Malaysia. Beliau mempunyai banyak pengalaman menyertai atau mengendalikan personal coaching, seminar dan workshop, malah pernah menjadi fasilitor seminar eBay anjuran pihak eBay dan Paypal Asia.
Biodata Noorizam Shah
Nama: Noorizam Shah
Asal: Negeri Sembilan
Umur: 29 tahun
Pekerjaan: Speaker / Perunding Perniagaan Internet / Usahawan Internet
Status: Berkahwin
Pengalaman:
- Mengusahakan perniagaan internet pertama pada tahun 2005 (www.pelamin.net)
- Menghasil dan menjual produk digital. Mencatat jualan lebih 1000 unit dalam tempoh 3 bulan (www.kuasalelong.com)
- Menjalankan perniagaan di laman web eBay sejak tahun 2006
- Menjadi speaker untuk seminar dan workshop eBay sejak tahun 2008
- Ditemuramah dan menjadi kulit depan untuk majalah perniagaan internet edisi ke-10, MajalahIM.com
- Mahir dalam menghasilkan pendapatan melalui blog. Antara blog yang memberi pendapatan lebih 4 angka sebulan ialah www.NoorizamShah.com
- Membantu ramai usahawan internet lain melancarkan produk-produk mereka di internet samada produk digital atau produk fizikal menggunakan sistem affiliate.
- Memberi khidmat nasihat kepada mereka yang ingin menjalankan perniagaan internet sebenar terutama kepada mereka yang keliru antara perniagaan internet dan skim cepat kaya internet.
- Telah membantu ramai rakyat Malaysia, tidak kira latar belakang, usia dan pekerjaan untuk berjaya dalam perniagaan internet.
Jika anda berminat untuk mendapatkan khidmat dari Noorizam Shah samada sebagai perunding, tenaga pengajar, speaker atau mentor berkaitan perniagaan internet terutamanya eBay, sila hubungi beliau disini.